Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sekarang ni musim el-nino dan cuaca agak sedikit panas dan kering berbanding hari biasa. Pasti akan ada yang mengalami sakit tekak dan batuk. Wan sendiri sedang mengalami sakit tekak. bila dilihat di cermin, terda[at bengkak kemerah-merahan di bahagian tekak. Jadi, wan ingin berkongsi petua untuk hilangkan sakit tekak, alternatif kepada ubat-ubatan dari hospital.
Petua hilangkan sakit tekak
1) Air Lemon
Wan baru teringat yang wan ada beli 3 biji lemon dekat Tesco Kota Bharu. Asalnya wan nak minum air lemon untuk kurangkan kolesterol dalam darah, tapi alang-alang air lemon mampu menghilangkan sakit tekak, jadi gunakan saja lemon yang ada. Ambil beberapa hirisan lemon dan letakkan di dalam air suam dan rendam buat seketika sebelum minum. Amalkan segelas air lemon suam setiap beberapa jam sehingga sembuh.
2) Air asam jawa
Air asam jawa juga adalah salah satu petua orang dahulu dalam mengurangkan rasa sakit tekak. Airnya yang masam dapat melawan sakit tekak. Amalkan setiap hari sehingga sembuh.
3) Minum air masak secukupnya
Badan kita memerlukan 1.5 - 3 liter air setiap hari bergantung pada individu. kekurangan air dalam badan terutama musim panas seperti sekarang boleh mengakibatkan badan kurang air dan boleh menyebabkan sakit tekak dan batuk.
4) Amalkan pemakanan seimbang
pengambilan makanan secara tidak seimbang boleh menjejaskan kesihatan. Amalkan lebih makanan berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dan kurangkan makanan yang pedas, berempah dan berlemak yang boleh menyebabkan sakit tekak itu makin lambat untuk sembuh.
5) Elakkan merokok
Bagi perokok yang mengalami sakit tekak, seelok-eloknya untuk berhenti merokok bagi mempercepatkan penyembuhan sakit tekak. Bagi yang tidak merokok pula, elakkan daripada menghidu asap rokok yang boleh menyebabkan sakit tekak makin teruk.
kalau anda ada petua yang lain, boleh berkongsi di ruangan komen. Jaga kesihatan anda terutamanya musim panas seperti sekarang!.
No comments:
Post a Comment