Assalamualaikum
dan salam sejahtera.
Pengalaman endoskopi. Entri pertama untuk tahun 2016. Secara
awalnya, wan disyaki terkena penyakit gastrik dan GERD pada bulan 11 tahun lalu
selepas membuat pemeriksaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Sebelum
itu, wan sentiasa sakit perut, sakit ulu hati, dan selalu kembung perut. Wan
bercadang untuk membuat pemeriksaan lanjut di Kelantan, "hometown"
wan. Sekurang-kurangnya mak ayah ada untuk memerhatikan keadaan wan.
Wan berjumpa doktor pakar dalam hujung bulan 12 tahun lepas di
Klinik Pakar, Hospital Tanah Merah, Kelantan setelah dirujuk oleh doktor biasa
hospital yang sama. Temujanji untuk membuat endoskopi dibuat pada Januari 2016
setelah wan menerangkan semua simptom yang wan ada. Wan lebih kepada GERD
(masalah ulu hati) berbanding dengan gastrik. Antara simptom yang wan ada ialah
selalu loya terutama selepas bangun pagi, lenguh badan, mudah letih, tangan
terketar, tapak kaki dan tangan sejuk.
Oh ya. sebelum itu pasti ada yang tertanya apa itu prosedur
endoskopi. Secara bahasa mudahnya, endoskopi (gastroskopi) ialah satu
prosedur tanpa pembedahan dimana doktor pakar akan memasukkan satu tiub yang
hujungnya mengandungi kamera ke dalam perut kita melalui mulut untuk melihat
keadaan saluran esophagus, perut dan sebahagian usus kecil (duodenum). Bagi
sesetengah orang, doktor akan memasukkan tiub melalui punggung (kolonoskopi)
untuk memerhatikan keadaan usus besar kita.
wan orang pertama buat endoskopi pada hari
tersebut dalam pukul 9 pagi. Memang rasa takut dan gementar pada mulanya. ye
lah risau apa-apa berlaku waktu prosedur dijalankan tapi wan kuatkan semangat.
Pada mulanya, Dr Kim menerangkan prosedur tersebut. Dr Kim sangat profesional
dan pandai menenangkan emosi wan. Ada seorang jururawat lelaki dan dua
jururawat wanita membantu Dr Kim. Mereka juga kelihatan profesional dan dah
biasa membuat prosedur endoskopi. oh ya, kos prosedur endoskopi di
hospital kerajaan adalah RM 23.
Mula-mula wan dikehendaki memakai baju khas dan
juga topi khas. wan dikehendaki berbaring mengiring ke kiri. Satu alat diletakkan
di jari wan untuk monitor denyutan jantung wan dan juga satu alat diletakkan di
lengan wan untuk monitor tekanan darah wan. Satu kertas diletakkan berdekatan
muka wan bagi wan gunakan untuk meludah setelah prosedur siap dilakukan.
Selepas itu, satu alat diletakkan dimulut dan diikat di kepala wan bagi
mengelakkan mulut wan bergerak ketika prosedur endoskopi dilakukan. Selepas
itu, satu cecair disembur ke dalam mulut wan, rasanya sangat pahit. Biasanya di
hospital kerajaan, prosedur endoskopi dilakukan dalam keadaan sedar. Setelah
wan telan cecair tu, terasa kebas pada tekak dan rongga perut. Rupanya cecair
tersebut seperti ubat bius untuk elakkan kita sakit dan memudahkan tiub masuk
ke dalam perut.
Doktor mula memasukkan tiub ke dalam tekak dan doktor
suruh telan. Setelah telan, wan kena tenang sahaja, biarkan doktor dan
jururawat melakukan tugas mereka. Berserah kepada Allah SWT, insyaAllah mereka
lakukan terbaik.terasa perut macam dirodok dan rasa ada benda bergerak dalam
perut. hehe. Air mata usah ceritalah, tetiba je menitis banyak =). Doktor ada
ambil beberapa imej dan juga ambil beberapa sampel tisu untuk pemeriksaan
lanjut. Alhamdulillah, prosedur selesai dalam 15 minit ke 20 minit.
Hasil pemeriksaan doktor, secara umumnya tiada
ulser dalam perut, kemungkinan GERD dan ada satu bahagian di duodenum (
bahagian usus kecil) merah dan sepatutnya putih. Doktor berkata kemungkinan
jangkitan bakteri H.pylori . Ape pon wan kena datang balik
klinik pakar pada bulan Mac 2016 nanti untuk tahu keputusan sampel dan rawatan
selanjutnya. Setakat ini doktor berikan ubat Nexium 40mg (esomeprazole) untuk
merawat GERD, mengelakkan ulser usus dan perut serta mengelakkan jangkitan
bakteria H. pylori .
Oh ya bagi sesiapa yang bakal melakukan
endoskopi (gastroskopi) melalui mulut, antara persediaan yang perlu dilakukan
ialah:
- Digalakkan membawa teman atau saudara sekiranya anda
dibius di tangan, bukan dibuat dalam keadaan sedar, sebab anda akan rasa
mengantuk selepas prosedur endoskopi dan mungkin anda tidak mampu untuk
memandu.
- kalau endoskopi sebelah pagi, anda dikehendaki berpuasa
malam sebelum bermula pukul 12 tengah malam. Sebelah petang tak sure plak
=)
- Sekiranya anda perlu makan ubat berkala macam kencing
manis, darah tinggi etc. anda kena dapatkan nasihat doktor dahulu.
- Persediaan lain boleh rujuk kepada doktor pakar anda =)
Pada yang bakal melakukan endoskopi, jangan
risau. InsyaAllah doktor pakar akan melakukan yang terbaik untuk anda.
Keputusan anda membuat endoskopi adalah keputusan yang terbaik kerana melalui
prosedur ini, anda mampu mengetahui keadaan sebenar perut anda dan mencegah
lebih awal daripada sakit yang lebih teruk seperti radang dan kanser.
Nauzubillah. Wan doakan kita semua beroleh kesihatan dari Allah SWT.
Jumpa lagi kawan -kawan. sebarang pertanyaan
boleh komen dekat bawah =).
No comments:
Post a Comment