Wednesday, 20 January 2016

PETUA HILANGKAN SAKIT TEKAK


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sekarang ni musim el-nino dan cuaca agak sedikit panas dan kering berbanding hari biasa. Pasti akan ada yang mengalami sakit tekak dan batuk. Wan sendiri sedang mengalami sakit tekak. bila dilihat di cermin, terda[at bengkak kemerah-merahan di bahagian tekak. Jadi, wan ingin berkongsi petua untuk hilangkan sakit tekak, alternatif kepada ubat-ubatan dari hospital.


Petua hilangkan sakit tekak


1) Air Lemon



Wan baru teringat yang wan ada beli 3 biji lemon dekat Tesco Kota Bharu. Asalnya wan nak minum air lemon untuk kurangkan kolesterol dalam darah, tapi alang-alang air lemon mampu menghilangkan sakit tekak, jadi gunakan saja lemon yang ada. Ambil beberapa hirisan lemon dan letakkan di dalam air suam dan rendam buat seketika sebelum minum. Amalkan segelas air lemon suam setiap beberapa jam sehingga sembuh.



2) Air asam jawa




Air asam jawa juga adalah salah satu petua orang dahulu dalam mengurangkan rasa sakit tekak. Airnya yang masam dapat melawan sakit tekak. Amalkan setiap hari sehingga sembuh.



Tuesday, 19 January 2016

KEBAIKAN SUSU KAMBING HIGOAT HIRICH DAN DETOX


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Berbalik kepada entri yang lepas ( pengalaman endoskopi ), Wan mula berikhtiar untuk merawat sakit sama ada rawatan di hospital ataupun rawatan alternatif. Wan yakin setiap sakit ada penawarnya. Kita sebagai hamba Allah mesti percaya akan kuasa Allah dan jangan sesekali kita putus harapan. Percaya pada Kuasa Allah SWT!!.


Wan mula mencuba minum susu kambing higoat hirich dan detox sebagai ikhtiar. Apa kebaikan susu kambing berbanding susu tepung atau susu lembu?


  • Susu kambing adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu dan merupakan minuman sunnah Nabi.
  • Susu kambing mengambil masa lebih cepat untuk dihadamkan di dalam tubuh.
  • Susu kambing mempunyai kandungan laktosa yang lebih rendah dan sesuai diminum oleh seseorang yang alah dengan laktosa.
  • Susu kambing bersifat alkali dan boleh meneutralkan asid berlebihan di dalam badan.
  • Susu kambing mempunyai asid yang baik untuk badan yang mampu mencegah jangkitan kulat, meningkatkan sistem pertahanan badan dan meningkatkan tenaga untuk badan.

Bermacam jenama susu kambing kini di pasaran dan wan telah mencuba jenama Higoat sejak beberapa minggu yang lalu. Alhamdulillah dengan izin-Nya ada perubahan sedikit demi sedikit terhadap tahap kesihatan wan. Wan cuba dua jenis produk terbaru dari Higoat iaitu Higoat Hirich dan Higoat Detox.




Apa itu Higoat Hirich?



Higoat Hirich adalah gabungan daripada :

ASID FOLIK (B9)
  • Membantu memecahkan asid amino di dalam darah. Asid amino yang terpendam lama dalam darah akan menyebabkan penyakit jantung.
  • Memecahkan karbohidrat kompleks kepada gula ringkas dan seterusnya mudah ditukarkan kepada tenaga.
  • Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (Neural Tube Defect) seperti gangguan pada pembentukan saraf tunjang (Spinal Bifida).
  • Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.